5 Tips Pemakanan untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadhan

Ramadhan Bulan Mulia

Sebagai seorang Muslim yang beriman, kehadiran bulan Ramadhan adalah suatu yang sangat dinanti – nantikan. Hal ini kerana bulan ini menjanjikan pelbagai makrifat disebalik erti “Ramadhan” itu sendiri yang membawa maksud panas yang sangat terik. Panas yang digambarkan ini diharap dapat mensucikan dosa Muslim yang berpuasa dan beramal ibadat disepanjang bulan Ramadhan.

Hukum berpuasa bagi seorang Muslim adalah wajib sepertimana yang terdapat di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183.

<

p style=”text-align: center;”>

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Ertinya:Hai, orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Bulan Ramadhan juga dibahagikan kepada 3 fasa iaitu:

Fasa 1 = 10 hari pertama = KerahmatanFasa 2 = 10 hari kedua = KemaafanFasa 3 = 10 hari ketiga = Pelepasan dari Azab Api Neraka.

InshaAllah pada tahun 2021, rakyat Malaysia bakal menyambut hari pertama bulan Ramadhan pada 13 April 2021*.

*tertakluk kepada terlihatnya anak bulan yang dicerap

Kelebihan Bulan Ramadhan

Bulan Penghapus Dosa

Rasulullah SAW bersabda : ‘’Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala  dari Allah SWT, nescaya diampuni dosa-dosanya telah lalu”. (Muttafaqun alaih).

Dibuka Pintu-Pintu Syurga

Terdapat banyak amal ibadah yang boleh dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan yang menyebabkan manusia masuk ke syurga dan tertutuplah pintu neraka

Bulan Penuh Berkat

Setiap amal kebaikan di dalam bulan Ramadhan diberikan pahala berlipat ganda dan ia tidak terdapat dalam mana-mana bulan Islam yang lain.

Syaitan Dibelenggu

Syaitan tidak mampu menyesatkan atau menggoda manusia melakukan kemaksiatan seperti mana di bulan-bulan yang lain.

Terdapatnya Lailatul Qadar

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Surah al-Qadr: ayat 1-5)

Kehadiran bulan Ramadhan hanya setahun sekali. Pasti ramai Muslim yang berkejar-kejar untuk merebut peluang menunaikan pelbagai amal ibadah di sepanjang bulan ini. Antara ibadah yang boleh dilakukan seperti solat terawih, bersedekah, membaca Al-Quran disamping menunaikan kewajipan berpuasa di siang hari. Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat ganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala sama seperti ibadah fardhu. 

Bagaimana seorang Muslim mahu kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan Ramadhan bagi menunaikan ibadah-ibadah ini? 

5 Tips Pemakanan untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadhan

makan hidangan sepinggan lengkap

Bersahur dan berbuka puasalah dengan makanan yang dipanggil hidangan lengkap. Ini bermaksud hidangan anda cukup sumber karbohidrat (makanan berkanji) seperti nasi,roti,mi,bihun, atau oat. Di samping itu, perlu juga sumber protein seperti ikan, daging, ayam atau telur. Tidak ditinggalkan sumber serat dari sayur-sayuran atau buah-buahan. Lebih mudah sekiranya menggunakan konsep suku-suku separuh seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lebihkan makanan tinggi serat

Makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dan produk yang mempunyai klasifikasi seperti “high fiber” atau “tinggi serat” mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama berbanding makanan seperti nasi putih, roti putih makanan yang telah diluntur (bleached). 

minum air kosong secukupnya

Air berperanan penting sebagai bahan bakar dan membantu reaksi kimia metabolisma badan anda. Jika kekurangan air, tubuh tidak dapat membakar kalori dan menyebabkan pertambahan berat badan. Air juga amat penting bagi menggantikan hasil kumuhan yang telah dikeluarkan oleh badan seperti peluh, wap air ketika bercakap dan juga air kencing. Di tambah pula dengan cuaca yang panas sepanjang siang hari, air dalam tubuh akan berkurangan. Jadi, pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari bagi kekal cergas sepanjang berpuasa.

pilih makanan dengan cara masakan yang menyihatkan

Elakkan makanan yang mengandungi banyak kandungan lemak. Kerapkan masakan bersup, panggang, singgang, kukus, bakar ataupun tom yam. Cara masakan ini tidak menggunakan kuantiti minyak yang banyak seperti menggoreng.

kurangkan minuman atau makanan yang manis

Makanan atau minuman manis terkandung gula yang mempunyai kalori tambahan. Gula ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak sekiranya tidak berjaya dibakar oleh badan. Kuantiti gula yang tinggi di dalam makanan dan minuman juga menyebabkan anda cepat berasa haus. Sama juga seperti kopi dan teh. Elakkan minuman berkafien seperti kopi atau teh kerana ianya mempunyai kesan diuretik.

Bagi mengekalkan tenaga disepanjang siang hari di bulan Ramadhan, bersahur adalah perkara yang sangat dituntut. Malah anda akan mendapat pahala sunat sekiranya melewatkan sahur. Namun ada juga yang tidak makan sahur disebabkan faktor terlepas waktu imsak dan tidak sempat menyediakan juadah.

Tahukah anda NutriBrownRice®️  menghasilkan minuman berkhasiat yang diperbuat daripada beras perang yang tinggi sumber serat? Ianya juga mudah disediakan, hanya perlu tambah air panas sahaja dan sangat sesuai untuk dijadikan hidangan di bulan Ramadhan terutama ketika bersahur.

Selain itu, kurma juga sangat sinonim di bulan Ramdhan. Apa yang menarik mengenai kurma ini?

Mengikut kajian, kurma mengandungi fruktosa dan memberi tenaga segera kepada pemakannya. Adalah disunatkan untuk berbuka puasa dengan kurma. Kurma juga dapat membantu penghadaman. 

Satu hidangan kurma (3 biji) mengandungi:

Oleh itu, pengambilan kurma adalah digalakkan ketika sahur dan berbuka puasa. 

ramadhan

Kombinasi makanan dan minuman berserat tinggi, pengambilan kurma, minum air yang mencukupi, mengurangkan makanan berminyak dan manis serta makan mengikut konsep suku suku separuh dapat membantu mengekalkan tenaga anda di sepanjang bulan Ramdhan ini.

Kami di NutriBrownRice®️ meraikan anda pada bulan penuh rahmat dan berkat ini dengan mengadakan

Promosi Ramadhan!  

Terdapat dua jenis promosi yang dijalankan iaitu: 

  1.  Pembelian mana – mana 1 pek NutriBrownRice®️ dan 8 biji kurma organik hanya pada harga RM29.90 sahaja!
  2. Pembelian mana-mana 1 beg eco NutriBrownRice®️ dan 30 biji kurma organik pada harga RM99 sahaja!

Mengapa perlu terlepas waktu bersahur atau masih lemah tidak bertenaga sepanjang Ramadhan jika NutriBrownRice®️ ada penyelesaiannya? 

Faq

Monthly Newsletter Subscription

Subscribe to our newsletter and stay updated with our promotion and new learning topics.

Enter your email address to subscribe SUBSCRIBE